About

Tahun Lahir: 1983
Asal: Kluang, Johor
Lahir: Semerah, Batu Pahat, Johor
Bermastautin: Sibu, Sarawak
Status: Berkahwin
Anak: 6 orang
Lulusan: Diploma, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Blog ini adalah blog ke-2 selepas blog bilalelakiberbicara.com. Saya akan cuba menawarkan sesuatu yang berbeza untuk blog ini. Walau bagaimanapun, tiada perubahan ketara pada gaya bahasa dan penyampaian kerana niat asal saya untuk seboleh-bolehnya mengekalkan penggunaan bahasa agak formal. Saya minta maaf sekiranya ianya tidak kelihatan mesra kepada pengunjung blog.

Pengisian untuk blog ini mungkin agak bersifat pandangan peribadi. Namun saya bersikap terbuka sekiranya terdapat hujah dalam setiap artikel yang saya kongsikan kepada pembaca. Jika saya salah, tegur saya dengan berhemah dan saya tidak mengharapkan anda setuju 100% terhadap semua artikel saya.

Harapan saya untuk blog ini agar ia mampu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca. Biar pun sedikit bicara yang berguna, asalkan berguna untuk anda, saya amat bersyukur. InsyaAllah, terdapat kelainan untuk blog ini pada masa hadapan. Teruskan menyokong. Terima kasih.

Ikhlas dari: Noor Azlan