Tuesday, December 26, 2017

Nilai harga sebuah kemajuan

Nilai harga sebuah kemajuan| Jika dibandingkan tukaran antara dolar dan ringgit nampaknya semakin besar jurang perbezaannya. Begitu juga dengan nilai ringgit yang kita nikmati sekarang. Nilai RM1 entah apa yang boleh kita nikmati kecuali bayaran caj rawatan pesakit luar di hospital kerajaan. Nilainya begitu kecil. Itulah harga yang perlu kita hadapi apabila negara mencapai kemajuan. Kemajuan bukan jaminan harga barang turun menjadi semakin murah.

Mengatasi kos sara hidup, meningkatkan pendapatan, mengatasi beban kewangan keluarga

Jaminan harga barang murah jika negara semakin maju? Mengarut. Sumber alam sudah habis diteroka, setiap titik peluh perlu dibayar malahan untuk mengangkutnya dari satu tempat ke tempat yang lain perlu melalui beberapa caj yang lain. Bagaimana ianya boleh menjadi murah. Tiada yang murah. Oleh itu menjadi angan-angan kosong untuk menurunkan harga barang jika masalah sumber asas asal kepada keperluan pengguna tidak ditangani segera. Sebagai contoh jika nelayan hanya mengharapkan ikan yang ditangkap di lautan, pada satu saat hidupan di laut tidak mampu membiak dengan cepat dalam ekosistem tercemar dan terganggu, sampai bila jaminan harga ikan murah akan dicapai? Melainkan pendekatan penternakan berteknologi dalam sangkar dapat dilakukan dengan meluas melibatkan keseriusan tinggi penguasa, ianya bukan mustahil. Bagaimana mengatasi kenaikkan harga barang hanya boleh diatasi dengan bantuan mereka.

Ekonomi hanya berasaskan keuntungan. Selagi ada peluang, ia akan mendatangkan faedah. Sengsara bagi mereka yang tidak punya apa, lagi terhalang untuk meneruskan hidup dan terpinggir. Yang gembira, orang berkepentingan, berkocek tebal dan terus menguasai. Siapa kamu? Nothing! Beli untuk terus hidup atau tutup mulut. Benar, siapa berusaha dia akan mendapat hasil, benar orng yang redha akan cukup segala-galanya, benar orang yang berkat akan redha kepada qada dan qadar. Namun mereka yang lemah itu adalah sebenarnya ujian kepada mereka yang berkuasa. Bagaimana mereka yang kuat patut membantu yang lemah, mengagihkan pendapatan hasil negara dengan adil dan saksama tanpa mengira parti biru, merah, oren, hijau atau putih. Inilah nilai yang perlu dibayar apabila negara semakin berkemajuan. Nilai ihsan dan insan hanya pada kata wayang.




Ramai orang terkesan apabila beratur dan berlalu pergi dengan muka hampa apabila mesin ATM tidak menunjukkan belas ehsan. Mungkin itulah harapan beras, gula, minyak dan telur pada minggu itu. Namun apa daya marhaen untuk meminta lebih jika mereka mahu marhaen berusaha sendiri tanpa penyelesaian konkrit dan pasti. Jaminan kini bukan lagi jaminan. Ianya retorik semata-mata. Di mana-mana tempat sekali pun dalam dunia, masalah ini akan berlaku. Mengapa? Adakah disebabkan mereka hidup pada zaman Paleolitik, Neolitik atau zaman batu? Tidak, ini zaman baru. Zaman penuh kemajuan. Semakin maju sesebuah negara, semakin tidak terkejar oleh mereka yang tidak bernasib baik. Hanya mereka yang telah dinasibbaikkan, mereka kerap alpa. Bagaimana cara mengatasi kenaikkan kos sara hidup yang semakin tinggi? Dengan kemajuan? 

Nilai harga sebuah kemajuan semakin rendah apabila ramai merungut mengenainya. Seronok pada awal bulan, berduka pada pertengahan bulan dan menipu pada penghujung bulan. Ramai terpaksa menipu untuk mendapat lebih. Ramai berbuat dosa untuk lebih mendapat untung. Demi menghadapi kemajuan. Bayar itu dan ini. Belanja itu dan ini. Akhirnya ianya hanya sementara. Tiada yang kekal melainkan amalan baik bagi sesiapa yang melakukan hal adil dan saksama semasa di dunia. Adilkah dunia ini? Adilkah penguasa dalam menjalankan kerja-kerja mentadbir dunia? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan seterusnya cukup rendah pada saat ini. Sekelip mata sudah hilang sehelai dua. Bagi mereka yang begitu sengsara di dunia, setiap sen adalah kehidupan. Belajar untuk terus hidup, mengatasi halangan demi sesuap nasi walau mereka yang berada di atas sentiasa lupa. Ingat juga sekali sekala. Itu juga selepas hampir 5 tahun. Sedih. Inikah dinamakan kemajuan yang telah dikecapi. Tiada apa yang istimewa selain perlu bersyukur dengan apa yang ada. Untuk hari esok dan esok, perlu berterusan mencari demi sesuap nasi. Inilah dinamakan kehidupan. Bukan hidup untuk makan tetapi hidup untuk mencari makan sehingga bila tiada lagi tempat yang dipanggil dunia. Inilah dunia. Nilai harga sebuah kemajuan. Tiada yang istimewa kecuali bagi mereka yang hidup penuh takwa dan iman. Sabar. Wallahualam.

This Is The Newest Post

4 Comments

Thanks sharing. Sesuatu yang membuka minda. Fatin follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

Terima kasih singgah, salam kenal juga ya...

Mungkin kita akan jadi macam Jepun, 100 yen pun nilai kecil je. Huhu. Bila maju sangat, nilai mata wang makin mengecil. Huhu.

Salam singgah dan follow :)

http://www.akuseorangtraveler.com/

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon