Thursday, November 2, 2017

Kenapa orang tidak beli surat khabar?

Kenapa orang tidak beli surat khabar?| Semalam, sedang saya scroll News Feed di Facebook terlihat status daripada Sinar Harian. Status Sinar Harian berbunyi begini "Kenapa korang dah tak baca surat khabar atau apa yang akan buat korang untuk baca surat khabar lagi? Mohon beri pandangan anda." (01 November 2017). Adakah budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia begitu teruk sehingga syarikat akhbar tempatan terpaksa menanggung kerugian dan menutup operasi?


Mengapa orang tidak membeli surat khabar fizikal lagi? Tentu ada sebabnya. Daripada beberapa maklum balas yang dibuat oleh netizen, ada yang mengatakan membaca akhbar online lebih mudah. Ada juga mengatakan bahawa surat khabar hanya untuk membungkus makanan dan mengelap cermin tingkap sahaja. Pelbagai alasan mengapa orang tidak beli surat khabar lagi tidak boleh menjadi fakta betapa rendahnya rakyat negara ini terhadap amalan budaya membaca. Mungkin ya, mungkin tidak. 

Secara kolektifnya, beberapa kesimpulan dapat kita buat mengapa surat khabar tidak laris seperti dahulu. Medium online lebih berbaloi untuk dibaca. Maksud berbaloi bukan disebabkan maklumat yang diterima oleh pembaca sangat banyak. Jika mahu dibandingkan surat khabar online dengan surat khabar fizikal, kandungan lebih lengkap pada surat khabar fizikal. Namun berbaloi jika pembaca membaca secara online kerana pembaca mampu membaca beberapa surat khabar online.

Pembaca lebih selektif. Minat pembaca berbeza-beza dan apabila pembaca lebih berminat untuk mengetahui apa yang mereka ingin tahu sahaja dan mereka akan lebih memilih apa yang mereka mahu baca. Jika beli surat khabar fizikal, tidak berbaloi untuk membaca muka surat belakang sahaja dan tempoh waktu agak lama untuk menghabiskan satu surat khabar. Amat sesuai jika surat khabar dibeli pada hujung minggu atau pembaca yang mempunyai masa terluang yang banyak.




Berita menyampah. Berkenaan ini saya sangat setuju. Kecenderungan surat khabar untuk menyokong mana-mana pihak politik sangat dibenci oleh pembaca. Pembaca mahukan maklumat dan maklumat sepatutnya lebih telus dan tepat. Oleh kerana elemen lain wujud pada saat maklumat itu disampaikan, intergriti surat khabar tercemar di mata pembaca. Maka ianya akan mengurangkan minat pembaca membeli tetapi membaca secara online sahaja.

Budaya membaca kita tidak sama dengan negara maju. Ada sahaja orang yang membaca surat khabar atau buku lain di tempat-tempat awam. Budaya ini yang patut diterapkan dan dididik kepada masyarakat. Keutamaan dalam negara ini bukan untuk perkara sebegitu. Lebih kepada perkara-perkara kekal berkuasa. Oleh kerana itu, amalan membaca hanyalah komitmen kendiri dan bukan menjadi budaya masyarakat.

Industri makanan beralih kepada bekas baru. Kalau dahulu, nasi lemak sangat dekat dengan surat khabar fizikal sehingga siapa makan nasi lemak boleh dapat percuma info pada surat khabar. Kini bungkusan nasi lemak atau makanan lain tidak lagi menjadikan surat khabar sebagai pembalutnya. Maka semakin kuranglah pembeli surat khabar.

Tidak dinafikan surat khabar fizikal ada bagusnya. Menjadi alas semasa kerja mengecat, amat sesuai untuk mengelap cermin atau sebagainya. Syarikat akhbar tempatan perlu lebih berinovasi dalam menyampaikan berita. Mungkin ada cara lain untuk memastikan syarikat akhbar tidak rugi pada setiap tahun. Moga akhbar lebih telus daripada medium lain seperti blog.

24 Comments

Saya memang jenis tak baca surat khabar fizikal sejak dulu. Jarang sangat.

memang jarang baca suratkhabar ni,tetapi ada juga masa-masa tertentu saya suka membaca secara online..Ye betul kadang-kadang cerita mengarut banyak dalam suratkhabar tu..contohnya politik yang bertelingkah sesama sendiri dan tidak menguntungkan rakyat...

Saya rasa sebab sekarang berita is easily accessible from FB or Twitter. Tak payah beli pun takpe. Dan news from media social lagi cepat dapat dari surat khabar.

nurulrasya.com

zaman belajar dulu hari2 sy beli paper the sun sbb murah rm0.30 je. sy beli sbb berita sukan hahahaha skrg da x beli da... lg pun berita di surat khabar sudah diketahui ttg nyer sehari sblm ia diterbitkan melainkan cerita ttg saham o nombor ekor hahahaahahahha

Asalam N A..saya masi beli kadangkala..zaman ni zaman IT..mybe bazir apapun masih perlu membeli bila ada kesempatan..bagi Etuza ya.

abe kie beli akhbar pd hari ahad n jumaat je. selebih tu baca di hp..

GV setuju dengan Mr Noor Azlan. Budaya membaca di Malaysia tidak sama di luar negara. Banyak majalah tempatan gulung tikar sebab isu google vs printed material. Hanya buku akademik sahaja yang masih survive untuk edisi cetakan kerana masih menjadi keutamaan di kalangan tenaga pengajar universiti. Untuk isu suratkhabar, tidak dapat dipastikan bagaimana nasib newspaper ini. huhu.

surat khabar pun dah mahal sekarang. lagilah buat orang ramai tak membeli. lebih baik baca online yang percuma dan macam-macam berita ada.

BERITA lg laju melalui medsoc skrg

saya sejenis malas selak kertas.. jadi.. saya memilih a-suratkhabar.. hee~ scroll saja..

ayah saya mmg tiap hari baca surah khabar dari muda sampai tua... mmg tak leh klu xde sehari surat khabar akan gelisah la jawabnya...

Kalau tidak baca surat khabar fizikal tapi baca yang online ok juga kan...

Baca online lagi mudahkan, tapi beritanya kadang kala pendek je..

Haha kan, tengah malam diaorang dah pos cerita apa akan keluar esoknya...

Wassalam, ya bang, zaman IT semua dihujung jari kan...

Kiranya waktu cuti lah kan bang...

Banyak tahun rugi dah ni... huhu

Haha kan, mahal juga kalau beli hari-hari... tunggu nak pakai baru cari kan...

Haha... Nanti besar jari... hihi Gurau je ye...

Tabiat dan habit orang lama kan...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon