Wednesday, October 4, 2017

Pesanan pengawal keselamatan di pondok pengawal

Pesanan pengawal keselamatan di pondok pengawal| Ilmu itu datangnya daripada pelbagai sumber. Ianya juga datang tidak mengira pangkat dan kedudukan mahupun usia. Apa yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, apabila dikongsikan maka ianya akan menjadi ilmu baru kepada orang lain. Jika apa yang dikongsikan adalah sesuatu yang buruk akibatnya, maka semakin bertambah dosalah kepada orang yang menyebarkan ilmu tersebut.

Pesanan pengawal keselamatan di pondok pengawal, pengawal keselamatan, pondok pengawal

Saya ingin berkongsi kepada anda terhadap apa yang berlaku kepada saya. Kisah ini adalah kisah benar saya bersama seorang pengawal keselamatan berbangsa india di salah satu kawasan kediaman di Selangor. Moga cerita ini dijadikan panduan untuk sesiapa yang membacanya dan bermanfaat untuk dikongsi kepada orang lain. Kisah ini kisah kecil dan semoga besar manfaatnya. Tidak kira apa bangsanya, ianya sangat berguna kepada saya dan memberikan panduan dalam menempuhi kehidupan yang sangat berguna kepada saya.

Kisah ini bermula pada masa saya menghisap rokok di tepi pondok pengawal. Pada masa itu saya menunggu isteri saya yang sedang bekerja sebagai pembantu taska. Oleh kerana ada ibu bapa yang mengambil anak lewat, jadi saya pun terpaksalah menunggu. Kesian kat budak kecik kan. Mana boleh tinggal dan kunci je kat dalam taska tu. Jadi pada waktu saya menunggu tu, adalah seorang lelaki india masuk melalui pagar yang berhadangan. Dia hon-hon kepada pengawal kat dalam pondok tu. Lepas penghadang dinaikkan terus pemandu memecutkan kenderaan untuk masuk ke kawasan perumahan. Selepas itu, pak cik pengawal keselamatan mula membebel kepada saya.


"Ini orang tiada adab punya orang. Sombong. Banyak duit tapi sombong" Dia mula membebel. Saya pun berminat untuk mendengar apa yang dia cakapkan.

"Kenapa uncle?" Saya mengajukan soalan. "Itu orang banyak sombong. Tiada hormat sama orang lain". Saya mengangguk tanda setuju.

Pesan dia pada saya. "Dalam dunia ini kamu mesti ada kawan sekurang-kurangnya empat orang". Saya tanya dia kenapa perlu empat orang. Dia cakap "Kalau kamu mati keranda kamu tidak senget sebab ada empat orang angkat". Betul juga kata dia. Sampai sekarang saya masih ingat lagi pesanan dia.

Maksud tersiratnya daripada pesanan pak cik india yang boleh kita ambil ikhtibar adalah kita hidup di dunia tidak mampu berseorangan. Jangan fikir orang lain disekeliling kita adalah beban. Kita jauhkan diri daripada mereka. Siapa tahu satu hari nanti mereka-mereka yang kita benci adalah orang yang akan pikul mayat kita hingga ke kubur. Wallahualam.

4 Comments

hahahaha kalu kwn tu dah meninggal dulu dr kita sapa plak nak tlg angkat keranda? hahaha

tp nasihat tu mmg mendalam maksudnya...

Kalau tak ada orang angkat, jadi hantu lah kat situ sampai kiamat... hihi

Betul tu, sangat menginsafkan...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon