Tuesday, September 19, 2017

Prakata entri pertama blog noorazlantumiran

Prakata entri pertama blog noorazlantumiran| Selamat membaca entri pertama bagi blog ini. Sukar juga untuk membuat dua blog pada satu masa. Blog bilalelakiberbicara.com sedang berjalan dengan agak baik. Namun oleh kerana ingin memiliki domain noorazlantumiran.blogspot.com sempena nama saya, blog ini diwujudkan. Mungkin pada masa akan datang blog ini juga akan bergerak seiring dengan blog bilalelakiberbicara.com. Siapa tahu. Hanya Allah SWT Pengatur sekalian alam.

Prakata entri pertama blog noorazlantumiran, noorazlantumiran

Ada terfikir juga, apakah niche yang hendak saya terapkan pada blog ini. Adakah sama dengan blog lagi satu? Hingga saat ini saya masih belum dapat memikirkan apa-apa niche yang hendak saya gunakan. Agak pening. Hendak maintain satu blog pun sudah berserabut otak, apatah lagi memiliki dua blog. Sangat hebat pada mereka yang mampu mengerah tenaga pada banyak blog.

Masa juga amat mencemburui saya. Bukan sepenuh masa mampu menghadap blog. Nanti tanggungjawab kepada keluarga pula terabai. Inilah lumrah menjadi blogger. Pandangan awam mungkin menjadi blogger adalah mudah. Tulis cerita dan publish sahaja. Tidak! Sama sekali tidak. Blogger ada tanggungjawab, intergriti dan perlu ada ilmu. Seorang blogger juga perlu memberikan komitmen agar blog mendapat tempat dalam enjin carian, disukai ramai serta menjadi rujukan oleh netizen.



Sejarah saya membuat blog amat melucukan. Orang lain nak buat blog. Saya juga begitu. Belajar daripada blog-blog lain. Buat, padam, buat padam. Ubah setting hari ini, esok ubah lagi. Ada sahaja tidak kena pada pandangan mata. Pergi blog lain, terpesona dengan template mereka. Cari dan ubah lagi. Belajar serba sedikit berkenaan HTML Code. Adjust sana sini. Tapi pengisian tidak ada. Entri sedikit. Walhal sudah beberapa tahun saya membuat blog. Ada juga entri dipadam supaya lulus adsense. Macam-macam ragam.

Walau bagaimanapun saya seronok membuat blog. Saya seronok apabila orang memberi maklum balas kepada saya berkaitan entri yang saya publish. Bangga diri juga ada. Itu cara saya motivasi diri. Saya juga cuba berhati-hati untuk tidak menyakiti sesiapa pun. Hal ini kerana melalui blog boleh wujud dendam. Melalui blog juga orang lain boleh terguris hati.

Akhir kata, ini adalah prakata entri pertama saya dalam blog ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk blog ini. Banyak masa diperlukan. Moga-moga ianya menjadi kenyataan. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Amin.

This Is The Oldest Page

8 Comments

bagus juga cara ni. at least ada backup :)

Betul tu sis, kena ada backup...Hihi

sama la en lan.. busyra banyak entri dlu2 padam. x simpan sngt yg mengarut.. sbb adsense. hehe

Itulah peningkatan, kita sedar akan kesilapan lalu dan memperbaikinya kan...

Owh rupanya ada dua blog. hmm.. saya pun ada planning gak. tapi yg lagi satu tu taknak letak nama sendiri pulak. haha. kira mcm misteri lah kowt. baru plan :p

Haha, baru nak cuba ada dua blog... Boleh je Nad, misteri... hihi

Semoga berjaya dengan blog baru juga.

Satu blog pun jadilah bagi Mrs. A hehehe...

Ni cuba-cuba je sis.. belum tahu lagi dapat handle or tak... hihi

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon