Wednesday, September 27, 2017

Minat dan hobi pada sukan bola sepak

Minat dan hobi pada sukan bola sepak| Setiap orang pasti mempunyai minat dan hobi masing-masing. Begitu juga saya. Namun pada kali ini saya hanya fokuskan minat dan hobi pada sukan sahaja selain daripada hobi-hobi saya yang lain. Banyak betul hobi saya kan?. Apa jenis sukan yang anda minat? Minat mungkin anda suka menonton sukan tersebut sama ada di televisyen atau secara langsung. Hobi adalah sesuatu yang anda selalu buat dan mempunyai passion terhadapnya.

Minat dan hobi pada sukan, sukan bola sepak, bola sepak

Sukan yang paling saya minat sejak dari dahulu lagi adalah sukan bola sepak. Saya suka bermain bola sepak walau tidak semahir pemain Liga Super Malaysia. Saya juga suka menonton perlawanan bola sepak. Selain daripada bola sepak, ping pong menjadi kegemaran saya pada saat ini memandangkan terdapat kemudahan bermain ping pong di pejabat. Banyak juga pertandingan tempatan yang saya sertai bersama rakan-rakan pejabat. Selain daripada hobi, sekurang-kurangnya dapat juga menyihatkan badan yang sudah tua kan. Maklumlah tidak lama lagi sudah mencecah 40-an. Jika asyik berkurung di rumah dan pejabat, macam-macam penyakit akan datang.

Berbalik kepada sukan bola sepak, tentunya peminat bola sepak akan mempunyai pasukan kegemarannya yang tersendiri. Sama seperti saya. Beberapa kelab sangat saya minati di antaranya kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) memandangkan saya berasal dari Johor. Selain itu, bagi kelab English Premier League (EPL) pula, saya amat meminati kelab Chelsea FC sejak daripada sekolah menengah lagi. Sehingga kini Chelsea tetap menjadi kelab kegemaran. Mungkin saya suka pada jersi warna biru. Untuk Liga Sepanyol pula, Real Madrid adalah pilihan hati manakal kelab Borussia Dortmund bagi Liga Jerman. Bagaimana dengan anda pula?


Jika sudah nama minat, setiap kali ada perlawanan bola sepak di televisyen, tentu isteri saya akan bermasam muka. Masam muka sahaja. Tidak sampai gaduh kerana isteri saya seorang yang memahami suaminya. Jika perlawanan bagi kelab bukan kegemaran saya, saya akan tengok sekejap sahaja jika perlawanan berlangsung dengan keadaan membosankan terutamanya bagi Liga Super Malaysia. Macam mana dengan keadaan membosankan? Bila perlawanan dijalankan dalam keadaan padang becak atau hujan lebat maka banyak aksi tackling, sliding yang sia-sia. Suka sangat pemain dalam Liga Super Malaysia main hujan kan?

Sekarang ini selalu juga saya tengok Kabbadi di Astro 818. Oleh sebab itu sahaja channel yang saya ada selain Astro 801 maka tengok lah. Seronok juga menonton Kabbadi. Rasa macam main Acah Galah zaman kanak-kanak dahulu. Bezanya ianya dimainkan oleh pemain profesional. Sepatutnya permainan Acah Galah sudah dimainkan seperti Kabbadi. Kenapa India boleh buat dan Malaysia tidak boleh? Ianya salah satu aktiviti sukan juga. Sukan tradisional. InsyaAllah satu hari nanti kan. Alangkah indahnya main guli atau getah boleh dipertandingkan di Sukan Sea. Boleh juga atlet kita sapu bersih pingat emas kan.

Saya rasa ini sahaja berkenaan minat dan hobi saya pada sukan yang dapat saya catatkan pada entri kali ini. Kalau anda suka baca, Alhamdulillah dan terima kasih. Kalau tidak suka, terima kasih juga kerana sudi membaca dan singgah di blog ini. Blog ini blog baru. Ini entri ke-2 selepas entri Prakata Entri Pertama. Moga kita berjumpa lagi pada entri akan datang. Wallahualam.

22 Comments

Lelaki lebih suka bola sepak. Saya suka jugak. Biasanya perlawanan besar saya tak miss tonton. Tv or stadium. Orang indonesia panggil sepak bola.

Suka jugak tengok bola. Liga tempatan of course sokong JDT. orang johor gak :)

Aku suka sepakbola, tapi kalau mainnya kurang ahli hehehe

Minat tonton/tengok aje.
Main tak pakar

Betul tu Adam, sepak bola jika di Indonesia..

Oh yeke? Sama lah kita Johorean... Ale-Ale...

Ok lah tu Pak Cik... Jadikan sebagai aktiviti bersama keluarga....

mmg lelaki suka main bola sepak kan en lan.. lumrah kot. hehe. tp ada ja kwn skolah busyra dlu tak suka main bola sepak. cemana tu.. haha. tp dia suka main ragbi..

Suka jgak tengok game bola. Lagi2 bila team pahang yang main. Hee

Heee,..saya pun kadang2 bila bosan tengok Kabbadi tu :)

Ada gak girls yang minat bola sepak ni. tapi, saya memang tak minat lah oi. just atas faktor keje kadang kena lah tengok jugak. ha salah satu nama yg saya ingat fc koln, hertha berlin. haha

dulu masa zaman anak dara selalu ikut ayah dengan abag2 turun staduim layan bola sepak.. hee~ kot bertemu jodoh kat stadium.. masa tu la.. sekarang ni tak smepat nak layan bola sepak dah..

Ye betul tu Busyra... Ada juga saya main ragbi walaupun badan kecil, Pemain ragbi nampak lasak, gagah.. haha...

Peminat Pahang ye... Teruskan menyokong pasukan tempatan ya...

Seronok kan Kabbadi tu, geram je tengok cara diaorang main...

Yela, untunglah bertemu jodoh dalam stadium... kenangan tu....

LIVERPOOL FC
DEUTSCHLAND
PROTON FC

full stop.

yg benar,
kipas susah mati

kah kah

https://madey09.blogspot.my/2017/11/menjadi-diri-sendiri-lebih-baik.html?showComment=1509744925827#c5076668225845799821ALAMAK BARU NAMPAK RUANGAN FOLLOWERS..NO 4 HENSEM TAK GURAU JA

Ayuh! Kita lawan... Haha... Terbaik Anies!

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon